Pages

10 August 2011

Doa Rabitah...




Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dlm kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkan cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya Mu

Yang tiada pernah padam
Ya rabbi, bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal Mu
Hidupkan dengan makrifat Mu
Matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

TUHAN...
Satukanlah hati kami kerana Mu
Aku mencintai nya kerana agama
Jika hilang agamanya
Maka hilanglah cintaku padanya

09 August 2011

Pic Engagement (Part II)


Senyum lagi >_<.....














07 August 2011

Kecantikan Wanita


Mungkinkah pada keayuan,kecantikan dan ketenangan wajah yang hanya bisa dilihat oleh suami...
Atau mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja...
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis..
Atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi...juga ayah...suami dan pipi munggil anak-anak...
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang sekaligus melembutkan perasaan...
Boleh jadi pada kesucian dan ketulusan hati dalam mencurah kasih, sayang dan cinta ...
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita...
Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita...
Duhai kaum Hawa...
Kitalah wanita itu...
Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita seorang wanita dan memberikan keindahan-keindahan itu...
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya, segalanya akan pergi jua... Wajah akan suram, mata akan kelam...
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, iaitu sifat mahupun naluri kewanitaan...

Terima Kasih Tuhanku Menjadikan Aku Seorang Wanita...

Pic Engagement (Part I)

~Senyum Tak Perlu Kata Ape2~

~Seyes & Fokus hihihi....~

~Senyum simpul hahaha~

~Senyum dlm tangisan hehehe~

~Senyum ikhlas hihihi~

~Senyum nampak gigi hihihi~

~Senyum lebar hehehe~

~Senyum ada makna hihihi~

~Alamak xready lglah huhuhu~

04 August 2011

Perkara Yang Di Bincangkan Pada Majlis Pertunangan...



Salam guys.........>_<...akhir nye br hari ni dapat sy mengadap princesz sy nie, before 2 belum terlambat sy ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa pada semua umat Islam, semoga bulan ramadhan nie membawa berkah pada kita semua, dan semua ibadah kita semua di terima Allah swt...Amin...Firstly, syukur alhamdulillah selamat sudah majlis pertunangan yg berlangsung pada 24 Julai 2011 and ribuan terima kasih pada seluruh keluarga  saya di Melaka yg telah menjayakan majlis saya nie...tanpa mereka majlis nie tidak akan dpt berjalan dgn smpurna.....cayang u all..........muaahhhhh...

Bila org tnya perasaan masa nak bertunang, seyes sy ckp walaupun just nak tunang jer, tapi gemuruh jer tak pyh ckplah... rasa mcm nak lari jer pg kebun getah belakang umh, hehehe...tp saya rasa sayalah orang yang nak bertunang paling aktif, nape??? coz saya walaupun dah siap tak reti duduk diam, kejap ke belakang, kedepan, kalau ader mak andam sure dia dah bising takut berpeluh, yelah bila dah berpeluh make up pun bertukar jadi comot...nasib baik juru make-up saya tiada ketika ini, hehehe, klu tidak sure saya dah kena lantun, ( don't try at home)....tp acctually sepatutnye, kita mmg patut duduk dlm bilik, nampak sopan, so jgn tiru mcm saya, kurang manis, :p. ..



Ok berbalik pd isu yg kita kemuka kan, chittt dah mcm wakil rakyatlah saya nie, hehehe, perkara2 yang patut korg 'discuss' masa pertunangan ( ingat bukan org yg bertunang but parents or wakil cakap you all)...hihihi


Tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan                                                                                  Biasanya tarikh yang ditetapkan adalah tarikh jangkaan. Sesetengah orang juga menetapkan satu jangkamasa seperti dalam tempoh 6 bulan selepas pertunangan...  
                                                     
*Me??? Insyallah bulan 6 next year :)  

Jumlah hantaran yang dipersetujui
Sesetengah keluarga / adat negeri menghendaki wang hantaran dibayar separuh semasa pertunangan. Manakala separuh lagi dibayar sewaktu pernikahan. Ada orang yang turut menyatakan cara pembayaran dilakukan. Cara yang selamat ialah duit hantaran tersebut di bank-in terus ke akaun atau bawa cek sahaja. Jangan sesekali meletakkan cash atas dulang hantaran. DANGEROUS!!!. Banyak kes kecurian telah berlaku semasa majlis-majlis seperti ini. Segelintirnya memang sengaja meletakkan cash bg tujuan "Menunjuk" please Jangan K coz kalau dah hilang ape2 pun xleh... 

*Kurang selesa if semasa majlis pertunangan ade sesi tawar menawar, sepatutnye kedua-dua pasangan harus berbincang before majlis, and klu pihak keluarga perempuan menetapkan terlalu tinggi, shgga di luar jangkauan, its better honestly ckp xmampu or, cik perempuan tolonglah si encik lelaki, yelah sape suruh letak harga tinggi2 kan...

Gantirugi yang perlu dibayar sekiranya pasangan memutuskan pertunangan.
Firstly mintak di jauhi, Ya lah, benda-benda yang buruk ni..kita tak boleh cakap selalu. Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensi nya untuk berlaku. Namun selepas melihat senario yang sering berlaku sekarang, nampaknya hal yg ke-3 itu sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam majlis ini ( Lebih2 lg lepas isu Khairul Fahmi & Elia) 

Kalau sebut ganti rugi nie biarlah mendapat persetujuan daripada kedua belak pihak. Kita di pihak perempuan tidak perlu membincangkan panjang lebar, biarlah pihak lelaki yg menyatakan cara & bentuk ganti rugi sekiranya pertunangan itu di putuskan. Jika pihak kita ingin menambah cadangan, sebutkannya supaya semua saksi yang hadir dapat mendengar perkara itu dengan jelas dan terang. Seelok-eloknya elakkan pertikaman lidah semasa majlis pertunangan. Bantah membantah, and masing2 nak tunjuk siapa plg kuasa, siapa plg bagus, coz majlis pertunangan ni adalah di mana kita ingin mengeratkan tali persaudaraan sesama kita, jgn di sebabkan benda yang remeh temeh ni akan timbul pertelingkahan and jurang antara sesama kita.

* Releven tak if sape mintak putus, dia kena bagi banglo sebijik, kereta caldina, 1 set barang kemas habib jewel kepada pasangan nya :P








Radio Karat

Followers