Pages

19 July 2011

Cakap Salah, Tak Cakap Pun Salah = Serba Salah

Assalamualaikum....huhuhu...firstly I want 2 say sorry 2 all my friend's, samada kenalan dekat, jauh, baik, jahat or sesiapa yg berkaitan dgn princes'z...coz...
  • Menyembunyikan @ Hide
  • Tidak Memberitahu @ X Inform
  • Tidak menjemput @ X Invite
kalian ke Majlis Pertunangan princes'z pada 24/7 ni...tiada niat untuk memyembunyikan, but princes'z ade alasan2 tersendiri, kenapa merahsia kan pertunangan ni....bukan sbb nak jg market, or tkt beras/lauk hbs klu korg dtg majlis tue :P or bajet princes'z artis, 2 yg nak rahsia kan..Jawapan Princes'z "Memang Tak Lah" xder satu pun yg berkaitan diatas...but...sebagaimana yg kita th tunang or dlm bahasa arabnye, 'khitbah' ia merupakan suatu peristiwa di mana seorang ibu/bonda akan menyarungkan cincin pada seorg gadis bg pihak anak lelaki nya, atau lebih tepat mengikut konsep Islam membawa makna menzahir dan mengiklankan kemahuan seseorg utk berkahwin dgn seseorg wanita...  


Tapi di sini tahukah kita, Sunnah nya pertunangan itu di rahsiakan, Nabi SAW ada mengingatkan kpd kita..

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”
(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)


But sure korg tertanya kan, benda baik wat per nak rahsia2???? tul x???
Tapi korg kena faham, tunang belum menjanjikan yang kita akan berkahwin dgn psgan kita, coz nama pun manusia, tdk akan lari dr mlkukan kesilapan, walaupun kita th pertunangan ialah suatu janji untuk berkomitmen ke arah pernikahan...Sepeti yg princes'z cakap sblm nie, saat2 kita ke gerbang perkahwinan, kita xkan sunyi dari gangguan syaitan dan nafsu,di sinilah keimanan kita di uji, pertunangan juga bukan suatu tiket, utk menghalalkan hubungan Adam & Hawa, so kita sebagai manusia yg lemah,haruslah berdoa supaya di jauhi perkara2 yg mendatangkan kemudaratan kepada kita...

And mengapa sesuatu pertunangan itu harus di rahsiakan, ia kerana utk menjauhi Fitnah...waktu2 mcm nie wartawan2 tidak berbayar akan aktive (makcik2 gosip), Gosip2 liar lagi biadap akan tersebar,and ayat2 yg menusuk jiwa dan raga, (and minta nak kena cepok mulut tue) :


  • Lor gumuklah tunang dia, makan sekor lembu ke sehari...
  • Arr tu kurus tue, mesti kena cr wit byk2 nak kwin tue...
  • Alor tunang je pun, apelah sgt...apolah kojo tunang eh tue...
  • Alaa, cincin cap ayam eh, dio bg...
  • Apelah yg di suka sgt, tunang eh tu nampak tuo, tu mesti org kaya, tu dia sker tu...
Dan andai kata  jodoh tali pertunangan itu tidak berpanjangan,


  • Tue lah hari tue, heboh citer btng bagai, uat besar-besaran...
  • Padan muka, hari tue menunjuk-nunjuk sangat tunang tue...
  • Nape putus tunang, tue mesti perangai dia bla...bla....
  • Eleh diorg mmg xpdn pun...
So tgk kesan dan akibat nyer, lidah ibarat mata pedang, yg tajam yang bisa membunuh lawan, dan tahukah kita  Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti... so beware...nanti sia2 jer korg nyer...amalan...huhuhu...




Ape2 pun terpulang pada invidu itu masing2, ini hanyalah pendapat pribadi princes'z... Yang baik jadikan tauladan, yg tdk baik jdkan sempadan...


And setelah ditambah, tolak, darab & bahagi, princes'z mengambil keputusan utk mengumumkan tarikh pertunangan princes'z iaitu 24 July 2011 bertempat di teratak nenda princes'z di Alor Gajah Melaka, di sebabkan  ramai tertnya2,maka ini lah jwpannya and walaupun terlintas di niat princes'z pada mulanye tuk berahsia, tp oleh kerana ingin menjaga bnyk pihak, princes'z terpaksa memberitahu, and princes'z minta maaf banyak2 coz tdk dapat  menjmput smua kerana majlis ini, hanya di buat kecil2 lan shaja, dan di hadiri oleh keluarga &  kenal-kenalan dekat shja,insyallah majlis perkahwinan princes'z, princes'z akan menjmput smua, and hope u all dapat mendoakan hbgn kami hgga ke akhir hayat... 



15 July 2011

Persediaan Untuk Bakal Pengantin


Kahwin, simple words, but tahukah kita betapa berat nya tanggungjawab bila kita sudah berkahwin, dulu handle diri sendiri, but skrg ber2, semua benda yg kita buat bersama and perlukan feedback pasangan kte, if pasangan kte tdk sker, di situlah sikap toleransi & tolak ansur diperlukan. >_<...Begitu juga bila kita sudah merancang untuk berkahwin, kita perlukan persediaan awl sama ada dari segi mental or fizikal, so bagi bakal2 pengantin yg merancang untuk berkahwin u all patut membuat persediaan awl supaya majlis yg akn dijalankan lancar dan tidak kelam kabut. So di sini saya ade checklist yg boleh kita share bersama, sharing is caringkan...hehehe >_<

Checklist Untuk Bakal2 Raja Sehari :
Ok, di sini untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila print dan tandakan perkara yang telah u all lakukan. (Mr Incik pleaze take note k >_<)


Merisik :

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
Cincin belah rotan. (cincin tanda) 
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.



Pada Hari Pertunangan:
Cincin berlian (xsemestinyer berlian, bukan berlian pun boleh, ikut kemampuan diri sendiri hehehe....)
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

Lapan - Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)


Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.


Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)


Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.


Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).


Tiga - Satu Hari Sebelum Perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


Malam Berinai:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Pada Hari Pernikahan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruhMalaysia)
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.
Pada Hari Perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.


Tiga Hari Selepas Perkahwinan:
  • Melawat keluarga dan sanak suadara kedua-dua pihak
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan or persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara2 di atas boleh di jadikan panduan tuk bakal2 pengantin bagi memastikan kelancaran majlis perkahwinan korg. 

* Exspecially Mr. Incik, please be alert k, masa berlalu begitu pantas, tanpa menunggu Mr Incik ya, so don't forget kursus kahwin k, shaye dah ambik, so shaye layak tuk berkahwin...~lalalalalala~


13 July 2011

Jodoh Itu Rahsia Allah SWT...



Salam...everybody...huhuhu...rasanye agak lama sy tidak menconteng blog shaye nie,hehehe...masa yg terhad membataskan sy utk menconteng...huhuhu...But alhamdulillah setelah sekian lama sy mendiam kan diri, akhirnye sy  comeback dgn life br,  & wajah blog yg br...>_<...syukur alhamdulillah setelah sekian lama shaye lalui liku2 berduri, akhirnye shaye menemui kebahagian yg shaye impikan, & hope ia berkekalan sehingga akhir hayat...Kini percayalah kadang2 Allah sembunyikan matahari, dia datangkan hujan dan petir, kita bersedih dan tertanya kemana hilangnye matahari, rupa2 nye Allah nak hadiahkan kita pelangi yg indah...Allah berikan kita kesusahan dan rintangan sbb Allah nak berikan kita kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...Itulah kehidupan...dan percayalah Allah xkan menguji hambanye dgn sesuatu yg tidak mampu di harungi oleh mereka...so bersangka baiklah kita pada Allah, jgn bersungut atau mengeluh skiranya kita di timpa masalah,, mgkin ada sbb kita di uji dgn sesuatu permasalahan, Dia lebih th ape yg terbaik buat hamba2 nya...

Dan kini sy memghitung hari tuk jd tunangan org, dlm hati ader gak berkata, dah cukup sedia ke aku ni...hehehe...insyallah hope semua nyer akn berjalan lancar....>_<...doa2 kan yg terbaik tuk kami...sesungguhnye waktu begini syaitan akan berlegar di sekiling kita kerana dia tidak sker sesuatu yg halal, klu boleh dia nak pastikan semua umat2 Adam jatuh ke lembah maksiat dan teruskan membuat dosa... waktu2 ke alam perkahwinan, kita akan di uji dgn pelbagai ujian, hope kami dapat menempuh ujian2 yg di berikan..Amin...

Radio Karat

Followers