Fuhhhh.....sejak umur menjangkau 25 tahun 6 bulan 14 hari, mcm2 penyakit melanda..huhuhu...but i'm still syukur ke hadrat Ilahi coz masih di berikan kesihatan yg baik...ini terjadi kerana silap sy sendiri, yg menzalimi diri sendiri, tidak pernah fikirkan kesihatan, skrg bila sudah di timpa penyakit br nak beringat....peristiwa 12/3 di HUKM jam 3pg xkan berulang tue janji sy...huhuhu...Hoooo xnak...katakan xnak pada H.O.S.P.I.T.A.L...serik3x....dan yg tidak di duga, ingatkan sakit perut yg sy alami hanya biasa, uper2 nyer...suspect Apendiks...huhuhu...aper kejadah apendiks tue yer???
Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum.
Fungsinya tidak diketahui oleh manusia. Bengkak pada apendiks di panggil Radang
Appendiks gambar rajah bahagian abdomen (bhg hujung usus sekum-apendiks)
Apa itu Radang Appendiks?
Radang appendiks ialah satu keadaan di mana appendiks menjadi bengkak
Apakah Penyebab Radang Apendiks?
Tidak diketahui sebabnya. Kadangkala mungkin di sebabkan appendiks tersumbat oleh sisa
makanan atau bengkak pada kelenjar limpa.
Apakah Tanda atau Gejala Radang Apendiks?
Gejala:
• Gejala utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah
dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah
apabila bergerak, batuk atau bersin.
Gejala Lain yang berkaitan
• Demam (selalunya demam rendah tetapi boleh menjadi tinggi)
• Loya dan kadang-kala muntah
• Sembelit atau cirit-birit
• Kurang selera makan
• Abdomen membengkak
Tanda-Tanda:
• Sakit apabila menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut.
• Bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan
Ujian:
• Ujian Darah untuk mengesan tanda jangkitan
• Ujian Kencing untuk mengesan jangkitan salur kencing Tiada satu ujian khusus untuk membuat dignosa penyakit Radang appendiks. Diagnosa
biasanya dibuat melalui penilaian klinikal. Diagnosa boleh menjadi sukar pada kanak-kanak
dan orang tua.
Apakah Bahayanya Radang Appendiks?
Risiko untuk mendapat komplikasi akan berlaku jika Radang appendiks tidak dirawat dengan
cepat seperti:-
• Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke
dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh
membawa maut.
• Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak
Apakah Rawatan untuk Radang Appendiks?
Rawatan pembedahan bagi mengeluarkan appendiks adalah diperlukan. Proses pemulihan
adalah cepat jika tiada komplikasi.