Pages

27 September 2010

Tersirat & Tersurat.......


Kadang2 kita xfaham dgn orang lelaki, susah nak tafsir aper maksud di sebalik tingkahlaku yang dia buat...so hr nie akuro nak share di sebalik tingkahlaku lelaki, yangtersirat dan tersurat............oyea....watch out>>>>>

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”,
Maknanya :
Tandanya dia memberi perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”,
Maknanya :
Dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.


Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang,
Maknanya :
Dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran,

Maknanya :
Dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.

Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya,


Maknanya :
Anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda,



Maknanya :
Ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

Andai lelaki menangis di hadapan anda,




Maknanya :
Dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.

Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat,





Maknanya :
Dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.

Jika lelaki diam membisu,






Maknanya







Dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.



Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk,







Maknanya
Dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.

Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip,















Maknanya
Dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.


Radio Karat

Followers